【實用新聞app】CUEPACS|最夯免費app

【實用新聞app】CUEPACS|最夯免費app

分享好友

【免費新聞App】CUEPACS-APP點子

Sejarah Cuepacs

Enakmen Kesatuan Sekerja mula diperkenalkan pada tahun 1940 tetapi tiada kesatuan sekerja ditubuhkan sehingga dan selepas perang di mana para pekerja disusun di bawah kesatuan sekerja. Mereka disusun mengikut status jabatan atau ketukangan. Tidak lama selepas mereka menyedari bahawa ada banyak kesatuan sekerja yang berganda/bertindih dan mempunyai bidang dan fungsi yang sama yang tidak memudahkan untuk perjuangan bersama. Pada tahun 1948 beberapa orang pemimpin kesatuan-kesatuan sekerja sector awam telah mengambil langkah yang pertama bagi menubuhkan suatu badan kebangsaan iaitu Majlis Kakitangan Perkhidmatan Kerajaan (Government Services Staff Council) yang mewakili 40 badan Kesatuan Sekerja Sektor Awam. Matlamat utama Majlis tersebut ditubuhkan ialah untuk menggalakkan kerjasama antara kesatuan, tanpa melibatkan diri dalam autonomi individu hal ehwal pentadbiran kesatuan-kesatuan berkenaan, dan demi memperjuangkan kepentingan dan kebajikan bersamaanggota–anggota yang bergaji bulan daripada kesatuan-kesatuan yang menyertainya.

Peraturan-peraturan Majlis Kakitangan Perkhidmatan Kerajaan telah diluluskan di persidangan penaja pada 3 April 1949 dan berpejabat di No. 1362, Jalan Kandang Kerbau (sekarang Jalan Padang Belia), Brickfields, Kuala Lumpur.

Majlis ini dianggotai oleh sebanyak 8 buah kesatuan dan apabila dibubarkan untuk memberi laluan kepada penubuhan CUEPACS sebanyak 48 kesatuan bergabung dengannya. Majlis ini telah memainkan peranan yang penting dalam hal ehwal kebajikan anggota sector awam dan juga telah menyumbang kepada kejayaan Majlis Kebangsaan Whitley (National Whitley Council).

Pada mulanya, Majlis ini telah menghadapi berbagai kesulitan khususnya semasa hendak memperjuangkan ke atas sesuatu isu bersama. Demi kebaikan dan kebajikan pekerja sector awam pada masa itu dan terkemudiannya, maka usaha-usaha patut diambil untuk menggalakkan semua kesatuan sector awam disusun di bawah satu badan persekutuan. Inilah yang telah menyebabkan kelulusan resolusi oleh Persidangan Perwakilan Ke Lima pada 24 April 1955 untuk menubuhkan suatu badan yang lebih berkesan iaitu CUEPACS. Di antara tujuannya ialah untuk menggalakkan semua kesatuan sekerja sector awam menyertai badan baru ini tanpa mengira jawatan atau gred perkhidmatan mereka.

Selepas melalui banyak masalah dalam penyusunan dan menyatupadukan kesatuan-kesatuan sekerja sektor awam serta memperjuangkan idea betapa pentingnya satu badan unggul maka, Kerajaan pada zaman kemerdekaan telah memberi restu. Akhirnya CUEPACS telah didaftarkan dibawah Enakmen Kesatuan Sekerja pada 23 Oktober 1957 iaitu beberapa bulan sahaja selepas Negara mencapai kemerdekaan.

Konvensyen Pertama CUEPACS telah diadakan pada 6 September 1959. Ekoran penyusunan Pejabat Pendaftar Kesatuan Sekerja maka, CUEPACS telah didaftarkan semula pada 12 November 1960 di bawah Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 (No. Daftar : 195).

Layari laman web di http://cuepacsmalaysia.org

【免費新聞App】CUEPACS-APP點子

免費玩CUEPACS APP玩免費

免費玩CUEPACS App

CUEPACS APP LOGO

CUEPACS LOGO-APP點子

CUEPACS APP QRCode

CUEPACS QRCode-APP點子
熱門國家系統支援版本費用APP評分上架日期更新日期
未知Android
Google Play
3
App下載
免費
1970-01-012015-02-04
分享app
上一個APP
下一個APP

高評價新聞App推薦

Visuic

**UPDATE SALE** In anticipation of the upcoming update adding AlbumView support, Visuic will be made free for a limited time! - MUSIC, REINVISIONED - …
УБ Радио 2.0

The New UB Radio 2.0. Broadcasting live from UB, Mongolia, streaming music and news. Улаанбаатар Хотоос Шууд Дамжуулж Байгаа Монголын хамгийн анхны ФМ …
M+

M+,是基于手机的延伸阅读工具。是史上最炫最时尚的报纸、杂志扫码应用。 安装并打开M+,将会在你的手机里发现报纸、杂志的另一面精彩世界! M+完全采用于报纸、杂志的风格排版,让你在阅读时直达重点,比别人更有方向感。 M+让你在手机上可以同时用图文、视频、搜索、微博来了解你关心的新闻。让你永远比别人知 …