Aplikasi MyHRMIS Cuti merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh JPA di bawah Projek myGov Mobile MAMPU untuk membolehkan penjawat awam membuat permohonan cuti rehat, menyemak status cuti, menyemak kelayakan cuti, menyokong cuti dan melulus cuti melalui platfom mudah alih.Fungsi-fungsi dalam Aplikasi MyHRMIS Cuti :1. Kelayakan Cuti - Membolehkan penjawat awam membuat semakan kelayakan cuti tahunan pada tahun semasa2. Mohon Cuti - Memudahkan penjawat awam membuat permohonan cuti rehat 3. Sokong Cuti - Memberi kemudahan untuk Pegawai Penyokong membuat semakan permohonan cuti dan menyokong cuti 4. Lulus Cuti - Memberi kemudahan untuk Pegawai Pelulus membuat semakan dan seterusnya mempertimbangkan kelulusan cuti5. Status Cuti - Membolehkan pegawai membuat semakan status permohonan cuti samada telah disokong dan diluluskanCiri-ciri yang terdapat dalam Aplikasi MyHRMIS Cuti1. Pemakluman melalui emel – Pemohon boleh memilih untuk MyHRMIS Cuti memaklumkan melalui emel kepada Pegawai Penyokong bagi permohonan cuti yang telah dibuat.2. Notifikasi oleh MyHRMIS Cuti - Pengguna akan dimaklumkan mengenai mesej transaksi semasa memohon cuti melalui telefon bimbit3. Kemudahan ingat No.KP dan Katalaluan4. Kemudahan link ke MyHRMIS Profil
熱門國家 | 系統支援 | 版本 | 費用 | APP評分 | 上架日期 | 更新日期 |
---|---|---|---|---|---|---|
未知 | iOS App Store | 1.1 App下載 | 免費 | 2015-04-08 | 2015-06-04 |