【實用音樂app】Radio Malaysia Kelantan FM|最夯免費app

【實用音樂app】Radio Malaysia Kelantan FM|最夯免費app

分享好友

【免費音樂App】Radio Malaysia Kelantan FM-APP點子

Kelantan FM atau RTM Kelantan merupakan sebuah stesen radio di Malaysia yang bertanggungjawap menyediakan perkhidmatan penyiaran dan penyebaran maklumat untuk mewujudkan masyarakat yang harmonis, maju dan bersepadu selaras dengan wawasan negara.

【免費音樂App】Radio Malaysia Kelantan FM-APP點子

Di Kelantan FM, kami mengotakan slogan "Penuhi Citarasa Anda", dengan mengorak langkah seiringan dengan ledakan teknologi dan citarasa terkini apabila kami menyediakan perkhidmatan untuk pengguna peranti Android.

【免費音樂App】Radio Malaysia Kelantan FM-APP點子

Dengan aplikasi Android ini, para pengguna dapat:-

【免費音樂App】Radio Malaysia Kelantan FM-APP點子

1. Mendengar siaran Kelantan FM

【免費音樂App】Radio Malaysia Kelantan FM-APP點子

2. Membaca berita terkini

【免費音樂App】Radio Malaysia Kelantan FM-APP點子

3. Mendapat pengumuman terkini

【免費音樂App】Radio Malaysia Kelantan FM-APP點子

4. Mendapat pandu arah secara navigasi ke RTM Kelantan

【免費音樂App】Radio Malaysia Kelantan FM-APP點子

5. Menonton Kelantan TV

6. Mengenali DJ serta rancangan dan lain-lain lagi

Aplikasi ini juga mempunyai fungsi Administrator untuk membolehkan kami menghantar sebarang pengumuman ringkas secara terus kepada semua peranti android. Fungsi ini penting untuk menyalurkan sebarang berita mutakhir yang berinformasi, penting, tergempar atau kecemasaan untuk pengetahuan segera pendengar.

Pendengar setia Kelantan FM kini dapat mengikuti DeeJay kegemaran yang sentiasa membawa maklumat terkini dan berilmiah serta rancangan penuh sensasi dengan hanya menggunakan peranti Android.

Kepada peminat "Red Warriors", dapatkan berita terkini dari DeeJay Kelantan FM untuk perkembangan semasa pasukan bolasepak Kelantan.

Di Kelantan FM, para pendengar akan mendapat kepelbagaian rancangan berinformasi dan hiburan seperti Renungan, Dinamik, Ceramah Pilihan, Program Inovasi, Aduan Awam, Resepi, Idola Remaja, Kerjaya, Doktor di Radio, Forum Islam, Panorama Sukan dan lain-lain.

Dengan kemudahan aplikasi ini, pendengar di luar Kelantan kini boleh mendapat maklumat tentang aktiviti terkini yang berlangsung di negeri Kelantan seperti karnival, ekspo, sukan dan sebagainya untuk maklumat pelancungan dan perniagaan.

Kini masalah capaian frekuensi radio tidak lagi menjadi halangan kepada pendengar setia Kelantan FM kerana aplikasi ini menggunakan rangkaian internet. Malahan rakyat Kelantan yang berada di luar negara juga boleh mengikuti siaran Kelantan FM untuk mengikuti perkembangan di kampung halaman.

Selamat mendengar Kelantan FM.... kami komited untuk "Penuhi Citarasa Anda".

免費玩Radio Malaysia Kelantan FM APP玩免費

免費玩Radio Malaysia Kelantan FM App

Radio Malaysia Kelantan FM APP LOGO

Radio Malaysia Kelantan FM LOGO-APP點子

Radio Malaysia Kelantan FM APP QRCode

Radio Malaysia Kelantan FM QRCode-APP點子
熱門國家系統支援版本費用APP評分上架日期更新日期
未知Android
Google Play
2.8.2
App下載
免費
1970-01-012015-04-20