【實用書籍app】Sirah Nabi Muhammad SAW|最夯免費app

【實用書籍app】Sirah Nabi Muhammad SAW|最夯免費app

分享好友

【免費書籍App】Sirah Nabi Muhammad SAW-APP點子

Muhammad bin Abdullah (570 M-8 Jun 632 M) merupakan nabi dan rasul yang terakhir bagi umat Islam. Lebih dikenali sebagai Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam , baginda juga adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung Arab kepada satu tatanegara di bawah pemerintahan Islam. Muhammad dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan nabi-nabi yang lain.

Dilahirkan di Makkah, Semenanjung Arab, baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapa saudara baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib. Baginda juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar serta perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana baginda telah bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid (40 tahun). Ketika Nabi Muhammad SAW berumur 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama daripada Tuhan melalui malaikat Jibril ketika sedang berada di Gua Hira. Tiga tahun setelah kejadian itu, baginda mula berdakwah secara terbuka kepada penduduk Makkah dengan mengatakan "Tuhan itu Esa" dan hendaklah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah (secara harfiahnya membawa maksud Islam) dan ia adalah satu cara hidup yang diterima Allah sahaja.

Nabi Muhammad SAW menerima beberapa orang pengikut pada awalnya yang terdiri daripada pelbagai golongan. Ajaran yang dibawa oleh baginda mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk Makkah malahan mereka dilayan dengan teruk dan zalim. Oleh itu, Nabi Muhammad SAW telah menghantar beberapa orang pengikutnya ke Habsyah pada 614 M sebelum baginda dan pengikutnya lain di Makkah berhijrah ke Madinah (dahulu dikenali sebagai Yathrib) pada tahun 622 M. Peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW itu menandakan permulaan bagi kalendar Islam atau takwim Hijrah. Di Madinah,Nabi Muhammad SAW telah menyatukan semua suku kaum dibawah Piagam Madinah. Setelah bersengketa dengan penduduk Makkah selama 8 tahun, baginda membawa 10,000 pengikutnya ke Makkah serta membukanya. Nabi Muhammad SAW dan para pengikutnya telah memusnahkan patung berhala yang terdapat di Makkah.Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas peristiwa Haji Wida atau Haji Perpisahan, Nabi Muhammad SAW telah jatuh sakit lalu wafat. Ketika kematiannya, hampir seluruh Semenanjung Arab berada di bawah naungan Islam dan bersatu dengan tatanegara Islam.

【免費書籍App】Sirah Nabi Muhammad SAW-APP點子

【免費書籍App】Sirah Nabi Muhammad SAW-APP點子

【免費書籍App】Sirah Nabi Muhammad SAW-APP點子

【免費書籍App】Sirah Nabi Muhammad SAW-APP點子

【免費書籍App】Sirah Nabi Muhammad SAW-APP點子

【免費書籍App】Sirah Nabi Muhammad SAW-APP點子

【免費書籍App】Sirah Nabi Muhammad SAW-APP點子

免費玩Sirah Nabi Muhammad SAW APP玩免費

免費玩Sirah Nabi Muhammad SAW App

Sirah Nabi Muhammad SAW APP LOGO

Sirah Nabi Muhammad SAW LOGO-APP點子

Sirah Nabi Muhammad SAW APP QRCode

Sirah Nabi Muhammad SAW QRCode-APP點子
熱門國家系統支援版本費用APP評分上架日期更新日期
未知Android
Google Play
1.2
App下載
免費
1970-01-012015-04-20
分享app
上一個APP
下一個APP

高評價書籍App推薦

ثلاثون سبب للسعادة

السعادة تطمئن القلب وتشرح الصدر و تريح البال من كل هم و للوصول إلى هذا وجب على الانسان إتباع معايير معينة في حياته اليومية بكل مجالاتها... و هنا و من …